harv right image

Apakah itu strok?

Strok berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak pecah atau disekat oleh bekuan.

Ini menyebabkan bekalan darah ke suatu bahagian pada otak pada otak terganggu.1

Strok  merupakan suatu kecemasan perubatan. Oleh itu, mengenali gejala-gejalanya dan mendapatkan rawatan segera adalah penting.

Bertindak dengan F.A.S.T. apabila strok berlaku

Ujian yang mudah boleh membantu anda mengenal pasti jika seseorang mengalami strok:

F

Kelemahan pada muka (Facial weakness) 

Bolehkah seseorang itu senyum? Adakah mulut atau matanya terkulai?

A

Kelemahan pada lengan (Arm weakness) 

Bolehkah seseorang itu mengangkat kedua-dua tangannya?

S

Masalah pertuturan (Speech problems) 

Bolehkan seseorang itu bercakap dengan jelas dan memahami apa yang anda cakap? 

T

Masa (Time) 

Hubungi 999 untuk ambulans jika anda mengenal pasti sebarang gelala-gejala ini. 

Setiap minit adalah penting, oleh itu, ambil tindakan dengan cepat (F.A.S.T.).Hubungi panggilan ambulans/kecemasan dan segera bergegas ke pusat kecemasan berdekatan mampu mengubah segalanya. Rawatan kecemasan untuk pesakit strok boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan ketidakupayaan yang mungkin dialami selepas strok.

Having a stroke

Gejala-gejala strok termasuk:4,5 

  • Rasa kebas, kelemahan atau lumpuh pada satu bahagian badan 
  • Pertuturan yang tidak teratur, kecelaruan bahasa atau susah memahami apa yang orang lain katakan 
  • Kekeliruan 
  • Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata 
  • Berdiri dengan tidak stabil  
  • Sakit kepala yang serius 

Separuh bahagian kanan otak mengawal bahagian kiri badan dan sebaliknya. Sebagai contoh, lumpuh pada bahagian lengan kiri mungkin disebabkan oleh strok pada bahagian kanan otak.

Untuk kebanyakan orang, bahagian kiri otak mengawal bahasa.7,8 Bahagian kanan otak pula mengawal kemahiran persepsi dan kemahiran pemahaman.

Having a stroke

Terdapat dua jenis strok yang utama.

  1. 1. Strok ischaemic: 
  2. Lebih 80% daripada strok adalah disebabkan oleh salur darah arteri yang membekalkan darah ke otak tersumbat.9,10 Ini adalah disebabkan oleh: 

    Bekuan darah yang terbentuk pada salur darah utama (arteri) ke otak. Ini adalah dipanggil cerebral thrombosis. Bekuan yang terbentuk di arteri yang menjadi sempit akibat keadaan yang dipanggil aterosklerosis (pengerasan arteri).10,11 

    Aterosklerosis menyebabkan bahan berlemak terkumpul di sepanjang bahagian lapisan dalam arteri supaya ia menjadi sempit dan darah yang mengalir melaluinya menjadi lebih cenderung untuk membeku.10,11 

    Faktor risiko gaya hidup untuk aterosklerosis termasuklah tahap kolesterol yang tidak normal, merokok, tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti dan tidak aktif secara fizikal.11 

    Bekuan separa juga boleh terbentuk di bahagian badan yang lain di mana ia dibawa didalam salur darah ke otak dan terkumpul pada arteri.Ini adalah strok embolic.12 

    Sekatan yang berlaku pada salur darah kecil jauh di dalam otak . Ini adalah strok lacunar.13 

  3. 2. Strok haemorrhagic: 
  4. Sehingga 20% strok adalah disebabkan oleh pendarahan dalam otak akibat salur darah yang pecah.4 Ini adalah dipanggil strok haemorrhagic dan boleh menyebabkan penyakit yang serius dan kematian yang tinggi. 15

Rujukan: 1. American Stroke Association. About Stroke. Available at: https://www.stroke.org/en/about-stroke. Accessed on March 2022. 2. MayoClinic. Stroke. Available at: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stroke/symptoms-causes/syc-20350113. Accessed on April 2022. 3. Irish Heart Foundation. When Stroke Strikes Act FAST. Available at: https://irishheart.ie/campaigns/fast/f-a-s-t/. Accessed on April 2022. 4. American Stroke Foundation. Stroke Symptoms. Available at: https://www.stroke.org/en/about-stroke/stroke-symptoms. Accessed on April 2022. 5. WebMD. The Warning Signs of Stroke. Available at: https://www.webmd.com/stroke/guide/signs-of-stroke. Accessed on April 2022. 6. American Stroke Association. Effects of Stroke. Available at: https://www.stroke.org/en/about-stroke/effects-of-stroke. Accessed on April 2022. 7. WebMD. The Difference Between the Left and Right Brain. Available at: https://www.webmd.com/brain/the-difference-between-the-left-and-right-brain#:~:text=The%20brain%20is%20divided%20into,segmented%20into%20regions%20called%20lobes. Accessed on April 2022. 8. BCcampus. 4.2 Our Brains Control Our Thoughts, Feelings, and Behaviour. Available at: https://opentextbc.ca/introductiontopsychology/chapter/3-2-our-brains-control-our-thoughts-feelings-and-behavior/. Accessed on April 2022. 9. Boehme AK, et al. Circ Res 2017;120(3):472-495. 10. American Stroke Association. Ischaemic Stroke (Clots). Available at: https://www.stroke.org/en/about-stroke/types-of-stroke/ischemic-stroke-clots. Accessed on April 2022. 11. WebMD. How Atherosclerosis Causes Half of All Strokes. Available at: https://www.webmd.com/stroke/guide/how-artherosclerosis-causes-50-percent-of-strokes. Accessed on April 2022. 12. Healthline. Embolic Stroke. Available at: https://www.healthline.com/health/stroke/embolic-stroke-symptoms#:~:text=A%20cerebral%20embolism%20(often%20referred,narrow%20to%20let%20it%20pass. Accessed on April 2022. 13. Healthline. Lacunar Infarct (Lacunar Stroke). Available at: https://www.healthline.com/health/lacunar-stroke-symptoms#:~:text=Lacunar%20stroke%20is%20a%20type,brain%20are%20called%20ischemic%20strokes. Accessed on April 2022. 14. UpToDate. Patient education: Hemorrhagic stroke treatment (Beyond the Basics). Available at: https://www.uptodate.com/contents/hemorrhagic-stroke-treatment-beyond-the-basics. Accessed on April 2022. 15. Unnithan AKA, Mehta P. Hemorrhagic Stroke. [Updated 2022 Feb 5]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2022 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK559173/. Accessed on April 2022.